WEB BANNER MAIN (2)

PSAM 9th AGM – Announcement

PSAM 9th AGM – Announcement
Announcement - Message from Playground Safety Association of Malaysia (PSAM)

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN KESELAMATAN TAMAN PERMAINAN MALAYSIA (PSAM) KE-9 TAHUN 2022

Kepada:

Semua Ahli PSAM

15 DISEMBER 2022

Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN KESELAMATAN TAMAN PERMAINAN MALAYSIA (PSAM) 2022

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Keselamatan Taman Permainan Malaysia (PSAM) 2022 akan diadakan seperti ketetapan berikut:


Tarikh :    29 Disember 2022 (Khamis)
Masa :     9:00 pagi – 12:30 tengahari
Tempat : Kelab Tasik Putrajaya
                 Jalan P8, Presint 8,
                 62250 Putrajaya,
                 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Aturcara Majlis:
Pendaftaran Kehadiran Ahli PSAM & Sarapan Pagi
Mesyuarat Agung
Makan Tengahari & Bersurai

Agenda Mesyuarat Agung ke-9 :
1. Bacaan Doa
2. Kata-kata Aluan dan Ucapan Presiden PSAM
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan ke-8 Tahun 2021
4. Pembentangan Laporan Tahunan 2022 oleh Setiausaha Kehormat PSAM
5. Pembentangan Laporan Kewangan Tahunan 2022 oleh Bendahari PSAM
6. Pembentangan Laporan Jawatankuasa-Jawatankuasa PSAM
7. Pembentangan Usul-usul oleh Ahli PSAM
8. Pembubaran Ahli Majlis dan Jawatankuasa 2020/2022
9. Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ahli Majlis dan Jawatankuasa 2020/2022
10. Pelantikan Jawatankuasa Sementara bagi Pemilihan Ahli Majlis & Jawatankuasa PSAM Sesi 2022/2024

Yuran Keahlian PSAM

Hanya ahli yang telah menjelaskan yuran keahlian tahunan 2022 dan tiada tunggakan sahaja yang layak mengundi dan dicalonkan memegang jawatan dalam Pertubuhan.


Buat pengetahuan semua, YURAN KEAHLIAN PSAM bagi Ahli Biasa telah dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa untuk DIKECUALIKAN (tiada bayaran yang perlu dibuat bagi tahun 2021 & 2022) dan yuran keahlian bagi Ahli CPSI dan Ahli Korporat yang dikecualikan adalah bagi tahun 2022 sahaja.


Terlebih dahulu ribuan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli PSAM di atas sokongan dan kehadiran anda.


Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Nor Aishah Tan Abdullah, CPSI
Setiausaha Kehormat

Pertubuhan Keselamatan Taman Permainan Malaysia

(Playground Safety Association of Malaysia-PSAM)